Pengenalan dan Matlamat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini adalah hari rasmi Blog Dobi Ampaian diperkenalkan pada umum..
www.dobiampaian.blogspot.com Alhamdulillah semua usaha akan berterusan dan menemui kejayaan...InsyaAllah...Amin
Pengenalan
Ampaian Bonda Enterprise adalah sebuah kedai dobi yang telah didaftarkan secara rasmi pada 10-9-2014 dan merupakan sebuah perniagaan milikan Bumiputera. Aktiviti perniagaan Kedai Dobi Ampaian adalah menyediakan perkhidmatan kedai dobi seperti cucian biasa,cucian kering, membasuh, menggosok dan melipat pakaian serta cucian cepat.
Matlamat
Semangat kerjasama dan ketekunan kerja selalu ditekan bagi seluruh anggota organisasi Kedai Dobi Ampaian demi mencapai kepuasan pelanggan dan secara tidak langsung ke arah pencapaian matlamat syarikat. Antara faktor-faktor lain yang membawa kejayaan ialah :
* Kepuasan pelanggan menjadi factor utama
* Ketepatan masa menjadi ukuran
* Kesederhanaan harga sebagai penentu
* Kerjasama antara kakitangan sebagai tunjang kekuatan
* Mesra pelanggan sebagai kunci utama
Harapan
Dengan tertubuhnya laman web Kedai Dobi Ampaian ini, pihak kami akan sentiasa memberi info terkini tentang perniagaan kami dan promosi-promosi yang akan ditawarkan pada hari-hari istimewa sahaja..Diharap perniagaan kami ini sentiasa akan maju dan dikenali serta diberkati Allah...Amin.
Wassalam....selamat datang dan selamat berkenalan